KHASIAT ROSELLE
ROSELLE atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa L. yang
dikatakan berasal dari Sudan, Afrika ini merupakan tumbuhan dalam keluarga bunga
raya tetapi masih ramai yg belum benar-benar mengetahui khasiatnya. Kebanyakan semua
bahagian Bunga Roselle boleh digunakan antaranya bunga, daun, kelopak buah,
biji dan akar
Menurut satu artikel mengatakan bahawa Jus Roselle
mengandungi Vitamin C sebanyak 9x ganda jk dibandingkan Oren, 3x ganda
berbanding Anggur dan 2.5x ganda berbanding Blackcurrant.
Antara Kegunaan Bunga Roselle adalah seperti berikut :-
1. Batuk
2. Merawat demam
3. Darah tinggi
~ Kelopak buahnya dibuat ulam.
4. Merawat ketagihan arak(alcohol)
5. Hepatitis.
6. Menurunkan kandungan kolestrol dan lemak dalam darah
7. Membantu melancarkan pengaliran darah
8. Melawaskan pembuangan air besar
~Kelopak buah diblend dibuat jus dan diminum
9. Mengurangkan penyakit ulser perut
~Amalan meminum rebusan daunnya dapat mengurangkan penyakit ini
~ akar tunjang rozel direbus menjadi segelas air ditambah air perahan
kunyit,diminum bagi ulser yang kronik
10. Melancarkan pembuangan air kecil dan mengubati kencing kotor
~Bunga rozel direbus dengan air dan diminum air rebusan tersebut.
11. Menyejukkan badan dan meningkatkan pengeluaran peluh.
~Biji rozel dibuat jus dan diminum.
12. Merawat cirit birit dan berak berdarah.
13. Membantu meningkatkan kesihatan mata dan mencegah rabun malam
~Daun dibuat ulam
14. Menghilangkan parut dan mengubati luka
15. Kelopak buahnya dibuat jus, kordial dan bahan campuran dalam pembuatan
biskut dan kek.
16. Daunnya boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tom yam dan sup.
KHASIAT BUAH KURMA
Kurma
adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai
Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang
mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai
berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah
yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di
negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang
kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang
manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat
yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku
melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma
masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang
khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh
Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar
bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada
kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam
hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala
sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang
kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau
mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam
ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti
ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum
wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya
sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains
tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah
membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan
hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang
semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah
ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia
antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan
berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma
adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang
mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan
pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang
dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses
sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan
disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana
sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan
beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma,
maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan
beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa
teguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang
menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barang siapa yang tidak mendapatkannya
maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya
mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah
api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan
hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar
sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan
sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum
memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi
pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita
terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta
beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
http://permai1.tripod.com/kurma2.html

Allah menyebut buah
delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa
hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada
syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai
anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji
buah delima?
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai pinica
granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan
Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam
di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan
masyarakat di Timur Tengah.
Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula
dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah
yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima
menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai
dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di
dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh
umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaan-Nya sebagaimana yang
termaktub dalam firman-Nya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima
sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung
kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis
yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut
seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti
tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah
delima tersebut.
Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai
nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang
halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima
tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis
tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.
Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara
buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi
rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan
tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah
ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi
unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan
fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di
dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga
disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai
buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al
Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana
ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda
daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud:
"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman."
Jus buah
delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia
dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan
haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima
tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi
dan atritis.
Di samping
itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan
membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu
menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan
homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga
dan kurang lawas penghadaman.
Tidak dapat
dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak
kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan Melayu seperti
ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya
sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional Melayu. Cuma yang mungkin,
ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung
sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah-olah dibiarkan begitu sahaja.
Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh
mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti
bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat
menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.
Kulitnya
yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan
dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta
batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit
lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini
kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak
22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam
tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru,
kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya
sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi
keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia.
Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah Taala.
Renungkanlah
dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakan-Nya
dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini
menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan
keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan
tersebut.