Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan
asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah
kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja
China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke
negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat
di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu
Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha
bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua
buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud
berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu
(Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum
Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak
dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum
Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai
Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca
daripada bahasa Austronesia ini.
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu
rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa
Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera
bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan
Orang Laut.
Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga
tahap utama iaitu:
- Bahasa Melayu
Kuno,
- Bahasa Melayu
Klasik dan
- Bahasa Melayu
Moden.
Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman
kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa
pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa
pentadbiran kerana:
- Bersifat
sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
- Tidak terikat
kepada perbezaan susun lapis masyarakat
- Mempunyai sistem
yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit
kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan
ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
- Pengaruh agama
Hindu
- Bahasa Sanskrit
terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang
tinggi.
- Sifat bahasa
Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis
dengan huruf Pallawa:
- Batu bersurat di Kedukan
Bukit, Palembang (683 M)
- Batu bersurat di Talang
Ruwo, dekat Palembang (684 M)
- Batu bersurat di Kota
Kampur, Pulau Bangka (686 M)
- Batu bersurat di Karang
Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli,
Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
- Penuh dengan
kata-kata pinjaman Sanskrit
- Susunan ayat
bersifat Melayu
- Bunyi b ialah w dalam
Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
- bunyi e pepet
tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
- Awalan ber- ialah mar- dalam
Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
- Awalan di- ialah ni- dalam
bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
- Ada bunyi
konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
- Huruf h hilang
dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin
mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi
kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
- ditulis dalam
huruf India
- mengandungi
prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
- bahasanya
berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
- masih memakai
abjad India
- buat pertama
kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan
rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
- ditulis dalam
tulisan Jawi
- membuktikan
tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan
Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
- Zaman kerajaan
Melaka
- Zaman kerajaab
Acheh
- Zaman kerajaan
Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri,
Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
- ayat:
panjang, berulang, berbelit-belit.
- banyak ayat
pasif
- menggunakan
bahasa istana
- kosa kata
klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul
(bersedih)
- banyak
menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
- ayat songsang
- banyak
menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap
sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang
tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan
bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan
bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan
Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Sumber:
http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan