ILMU umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah,tadahlah dengan hati yang merendah kepada ALLAH

Rabu, 17 April 2013

TAZKIRAH

Ingat mengingat sesama insan

Sumber;

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLyzU87MPkXsaUvBep7eLVHSlV1brO4p8IK5q77e7lP0ad3kTtz1AWmjzg19xKJk45-rs9qEDU9AfWstjTU6bfTNW95MJFE4TyWhtiCkYSM2ZPv0T7-DJDfCQBXk0t57nW4WM_N1d67ds/s1600/ustazah+nor+bahyah.jpg







Khamis, 11 April 2013

RAWAT MINDA









Pesan-memesan sesama umat amat  digalakkan

Sumber ;

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJ3xLha015Pcn53C9iUcANhDwKuZENlwYwXP7v2XSlgQbr0FnniZgyhUAjtAMsPSvW1JyA1GodPfrpabR9r9N7nYhlihyHYcF2VAVTNDi3N1vhfOhEdsdDH95Mn0aa1oACLSe-nDNImDek/s1600/kata-kata-hikmah-25.jpg
http://permatakata.files.wordpress.com/2013/02/syukur.jpg?w=470
https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQC9zub5h7DOzTeJpc6Md5R3429AcovFVg3wyUie70F9LnxicBnZg
http://infozuraini.files.wordpress.com/2012/11/12.jpg








Rabu, 10 April 2013

TATABAHASA


Penggunaan pada dan kepada

KATA sendi nama pada digunakan dalam ayat untuk menunjukkan beberapa tujuan, iaitu untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat; dan digunakan juga dalam ungkapan ada + pada  (untuk manusia dan haiwan).
Untuk menunjukkan keterangan waktu, antara contoh penggunaannya dalam ayat: 
  1. Dia tidak sedarkan diri pada masa itu
  2. Pemergiannya ke Mekah pada tahun ini.
  3. Kebakaran pada malam itu, satu tragedi bagi keluarganya. 
Ayat contoh yang menunjukkan penggunaan pada untuk tempat bagi perbuatan sesuatu kerja ialah
  1. Lukislah rajah separuh bulatan pada kertas putih ini.
  2. Tali sabut pada batang pokok itu lapuk.
  3. Maklumat itu ditampal pada papan kenyataan.
Kata sendi nama pada apabila didahului oleh perkataan ada mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.  Contohnya:
  1. Wang itu ada pada ayah.
  2. Subang berlian itu ada pada kakak.
  3. Sifat liar ada pada  setiap binatang.
Harus diingat bahawa kata sendi nama pada tidak boleh digunakan untuk maksud sasaran.  Misalnya
  1. Pada siapakah bungkusan ini hendak diserahkan?
(seharusnya: Kepada siapakah bungkusan ini hendak diserahkan?)
  1. Kecurian itu mesti dilaporkan pada polis.
(seharusnya: Kecurian itu mesti dilaporkan kepada polis).
 Dalam ayat 10 dan 11, kata sendi nama pada  tidak boleh saling bertukar ganti dengan kata sendi nama kepada kerana padatidak digunakan untuk maksud sasaran.
 Sebagai hasil perkembangan bahasa Melayu, kata sendi nama pada dapat digunakan juga dalam bentuk-bentuk ungkapan seperti yang berikut:
  1. Pada saya, kelincahannya bermain sangat mengagumkan.
  2. Kisah itu hanya cerita karut sahaja pada pandangan saya.
Kata sendi nama kepada  ialah kata sendi yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan tiga perkara, iaitu
  1. menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia;
  2. menyatakan pecahan; dan
  3. menyatakan perubahan keadaan.
Untuk fungsi (i), ayat contohnya adalah seperti yang berikut:
 14.
 (a)  Jangalah berbuat jahat kepada  orang. (sasaran manusia)
 (b)     Kepercayaan kepada yang karut-marut itu masih tebal. (unsur mujarad)
 (c)   Beberapa ketul daging dilemparkannya kepada  harimau itu. (sasaran  haiwan)
 (d)   Buku teks percuma dihantar kepada pihak sekolah. (institusi)
Bagi menunjukkan pecahan, kata sendi nama kepada digunakan dalam ayat-ayat contoh yang berikut:
  1. Peserta kursus motivasi dibahagikan kepada tiga kumpulan.
  2. Tanah satu hektar itu dipecahkan kepada empat lot.
Seterusnya, bagi maksud menyatakan perubahan sesuatu keadaan,kepada digunakan seperti maksud dalam ayat-ayat contoh berikut:
  1. Suhu bilik ini meningkat kepada 38˚C.
  2. Perubahan daripada pendiam kepada peramah itulah sikapnya yang baharu 
Kata sendi nama kepada sering berpasangan dengan kata sendi nama daripada, seperti contoh yang berikut ini: 
  1. daripada ayah kepada ibu
  2. daripada 37˚C kepada  39˚C
  3. daripada muda kepada tua 
Perlulah diingat bahawa kata sendi nama kepada tidak boleh digunakan untuk tujuan merujuk tempat.  Ayat-ayat contoh (21) dan (22) yang berikut ini tidak betul tatabahasanya.
  1. Perjalanannya daripada Kajang ke Kuala Lumpur.
(seharusnya: Perjalanannya dari Kajang ke Kuala Lumpur.)
  1. Padi seguni itu dipikulnya daripada bendang kepada rumah.
     (seharusnya: Padi seguni itu dipikulnya dari bendang     ke rumah.) 
Demikianlah huraian tentang cara penggunaan kata sendi nama pada dan kepada dalam ayat Bahasa Melayu.  Berhati-hatilah menggunakan kedua-dua kata sendi ini agar digunakan dengan betul dan tepat.

Isnin, 8 April 2013

INDAHNYA ALAM CIPTAAN TUHAN

Pemandangan dari kemuncak "Tiger Hill" P .Pinang

Pemandangan indah Empangan Teluk Bahang dari atas kemuncak.











Adakah generasi akan datang dapat melihat  keindahan ini?

Rabu, 3 April 2013

MENANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA






Tekanan kerja adalah salah satu situasi yang selalu dihadapi oleh para pekerja, terutamanya mereka yang bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, dengan hanya duduk di dalam pejabat. Jika tekanan ini dapat dikawal dengan bijak, maka para pekerja mampu meningkatkan lagi produktiviti kerja harian mereka.

Namun, situasinya berbeza di negara Malaysia. Kebanyakkan pekerja gagal untuk menangani tekanan kerja, dimana membawa kepada kes-kes jenayah besar khususnya bunuh diri (Self-suicide).
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (1996) mendapati kejadian bunuh diri merupakan antara kes jenayah yang tertinggi di Malaysia. Ia melibatkan 2,000 orang setahun. Ini bermakna, terdapat 7 kes bunuh diri yang dicatit setiap hari.
Hal ini disebabkan tekanan yang dihadapi oleh para pekerja, dimana membawa kepada sifat-sifat negatif seperti berikut:
·                     Kemurungan
·                     Panas baran
·                     Lesu
·                     Hilang tumpuan
·                     Gelisah
Adakah kita, sebagai pekerja, boleh menghindari daripada terjerumus daripada tekanan kerja yang melampau?
Seperti yang dikatakan oleh Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya:
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan kerja. Namun ia bergantung kepada diri seseorang itu.

CARA 1 – BERDOA DAN MELAKUKAN SOLAT-SOLAT SUNAT

Bagi yang beragama Islam, kita digalakkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T, dan melakukan solat-solat sunat. Ini secara tidak langsung, mendekatkan diri kita dengan tuhan dan mengadu kepada-Nya, tentang masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

CARA 2 – AMBIL CUTI BAGI MELUPAKAN TEKANAN KERJA

Jika kita lihat situasi hari ini, para pekerja tidak begitu memanfaatkan setiap waktu cuti, yang telah diberikan oleh majikan. Kajian telah membuktikan bahawa, bercuti mampu mengurangkan tekanan kerja, seterusnya memberikan kelegaan kepada diri pekerja, meskipun ia untuk jangka masa yang singkat.
Bercuti tidak bermakna kita harus melaburkan sejumlah wang yang banyak, bagi pergi ke tempat-tempat pelancongan. Kita juga boleh beriadah bersama keluarga tersayang, di kawasan-kawasan taman, pada setiap hari minggu.

CARA 3 – BIASAKAN DIRI UNTUK BERKONGSI MASALAH

Dr. Muhammad Muhsin menyatakan, berkongsi masalah juga merupakan salah satu cara mudah, untuk kita mengurangkan tekanan di tempat kerja. Perkongsian ini harus dilakukan, terhadap individu yang rapat dengan kita.
Sebagai contoh, suami, ibu bapa atau rakan sebaya. Sebaik-baiknya, berkongsilah di tempat yang tidak mempunyai begitu banyak gangguan. Ini bagi mewujudkan suasana tenang kepada diri kita, untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.



Sumber daripada;
http://saripetua.blogspot.com/2012/01/menangani-stress-di-tempat-kerja.html