Tekanan kerja adalah salah satu situasi yang selalu dihadapi oleh para pekerja, terutamanya mereka yang bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, dengan hanya duduk di dalam pejabat. Jika tekanan ini dapat dikawal dengan bijak, maka para pekerja mampu meningkatkan lagi produktiviti kerja harian mereka.
Namun, situasinya berbeza di negara Malaysia. Kebanyakkan pekerja gagal untuk menangani tekanan kerja, dimana membawa kepada kes-kes jenayah besar khususnya bunuh diri (Self-suicide).
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (1996) mendapati kejadian bunuh diri merupakan antara kes jenayah yang tertinggi di Malaysia. Ia melibatkan 2,000 orang setahun. Ini bermakna, terdapat 7 kes bunuh diri yang dicatit setiap hari.
Hal ini disebabkan tekanan yang dihadapi oleh para pekerja, dimana membawa kepada sifat-sifat negatif seperti berikut:
·
Kemurungan
·
Panas baran
·
Lesu
·
Hilang tumpuan
·
Gelisah
Adakah kita,
sebagai pekerja, boleh menghindari daripada terjerumus daripada tekanan kerja
yang melampau?
Seperti yang dikatakan oleh Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya:
Seperti yang dikatakan oleh Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya:
Pelbagai cara boleh digunakan untuk
mengurangkan tekanan kerja. Namun ia bergantung kepada diri seseorang itu.
CARA 1 – BERDOA DAN MELAKUKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
Bagi yang beragama Islam, kita digalakkan
untuk sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T, dan melakukan solat-solat sunat. Ini
secara tidak langsung, mendekatkan diri kita dengan tuhan dan mengadu
kepada-Nya, tentang masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
CARA 2 – AMBIL CUTI BAGI MELUPAKAN TEKANAN KERJA
Jika kita lihat situasi hari ini, para
pekerja tidak begitu memanfaatkan setiap waktu cuti, yang telah diberikan oleh
majikan. Kajian telah membuktikan bahawa, bercuti mampu mengurangkan tekanan
kerja, seterusnya memberikan kelegaan kepada diri pekerja, meskipun ia untuk
jangka masa yang singkat.
Bercuti tidak bermakna kita harus melaburkan sejumlah wang yang banyak, bagi pergi ke tempat-tempat pelancongan. Kita juga boleh beriadah bersama keluarga tersayang, di kawasan-kawasan taman, pada setiap hari minggu.

CARA 3 – BIASAKAN DIRI UNTUK BERKONGSI MASALAH
Dr. Muhammad Muhsin menyatakan, berkongsi
masalah juga merupakan salah satu cara mudah, untuk kita mengurangkan tekanan
di tempat kerja. Perkongsian ini harus dilakukan, terhadap individu yang rapat
dengan kita.
Sebagai contoh, suami, ibu bapa atau rakan sebaya. Sebaik-baiknya, berkongsilah di tempat yang tidak mempunyai begitu banyak gangguan. Ini bagi mewujudkan suasana tenang kepada diri kita, untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.
Sumber daripada;
http://saripetua.blogspot.com/2012/01/menangani-stress-di-tempat-kerja.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan