Penggunaan pada
dan kepada
KATA sendi nama pada digunakan
dalam ayat untuk menunjukkan beberapa tujuan, iaitu untuk menunjukkan
keterangan waktu dan tempat; dan digunakan juga dalam ungkapan ada +
pada  (untuk manusia dan haiwan).
Untuk menunjukkan
keterangan waktu, antara contoh penggunaannya dalam ayat: 
- Dia tidak sedarkan diri pada masa
     itu
 - Pemergiannya ke Mekah pada tahun
     ini.
 - Kebakaran pada malam
     itu, satu tragedi bagi keluarganya. 
 
Ayat contoh yang
menunjukkan penggunaan pada untuk tempat bagi perbuatan
sesuatu kerja ialah
- Lukislah rajah separuh bulatan pada kertas
     putih ini.
 - Tali sabut pada batang
     pokok itu lapuk.
 - Maklumat itu ditampal pada
     papan kenyataan.
 
Kata sendi nama pada apabila
didahului oleh perkataan ada mesti diikuti oleh kata nama yang
merujuk manusia dan haiwan.  Contohnya:
- Wang itu ada pada ayah.
 - Subang berlian itu ada
     pada kakak.
 - Sifat liar ada pada  setiap
     binatang.
 
Harus diingat bahawa
kata sendi nama pada tidak boleh digunakan untuk maksud
sasaran.  Misalnya
- Pada siapakah bungkusan ini
     hendak diserahkan?
 
(seharusnya: Kepada siapakah bungkusan ini hendak diserahkan?)
- Kecurian itu mesti dilaporkan pada polis.
 
(seharusnya: Kecurian itu mesti dilaporkan kepada polis).
 Dalam ayat 10
dan 11, kata sendi nama pada  tidak boleh saling bertukar
ganti dengan kata sendi nama kepada kerana padatidak
digunakan untuk maksud sasaran.
 Sebagai hasil perkembangan bahasa Melayu, kata
sendi nama pada dapat digunakan juga dalam bentuk-bentuk
ungkapan seperti yang berikut:
- Pada saya, kelincahannya
     bermain sangat mengagumkan.
 - Kisah itu hanya cerita karut
     sahaja pada pandangan saya.
 
Kata sendi nama kepada 
ialah kata sendi yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menyatakan tiga perkara, iaitu
- menyatakan sasaran yang merujuk
     manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan
     manusia;
 - menyatakan pecahan; dan
 - menyatakan perubahan keadaan.
 
Untuk fungsi (i), ayat
contohnya adalah seperti yang berikut:
 14.
 (a)  Jangalah berbuat jahat kepada  orang.
(sasaran manusia)
 (b)     Kepercayaan kepada
yang karut-marut itu masih tebal. (unsur mujarad)
 (c)   Beberapa ketul daging
dilemparkannya kepada  harimau itu. (sasaran  haiwan)
 (d)   Buku teks percuma dihantar kepada pihak
sekolah. (institusi)
Bagi menunjukkan
pecahan, kata sendi nama kepada digunakan dalam ayat-ayat
contoh yang berikut:
- Peserta kursus motivasi
     dibahagikan kepada tiga kumpulan.
 - Tanah satu hektar itu
     dipecahkan kepada empat lot.
 
Seterusnya, bagi
maksud menyatakan perubahan sesuatu keadaan,kepada digunakan
seperti maksud dalam ayat-ayat contoh berikut:
- Suhu bilik ini meningkat kepada 38˚C.
 - Perubahan daripada pendiam kepada peramah
     itulah sikapnya yang baharu 
 
Kata sendi nama kepada sering
berpasangan dengan kata sendi nama daripada, seperti contoh yang
berikut ini: 
- daripada ayah kepada ibu
 - daripada 37˚C kepada  39˚C
 - daripada muda kepada tua 
 
Perlulah diingat
bahawa kata sendi nama kepada tidak boleh digunakan untuk
tujuan merujuk tempat.  Ayat-ayat contoh (21) dan (22) yang berikut ini
tidak betul tatabahasanya.
- Perjalanannya daripada Kajang
     ke Kuala Lumpur.
 
(seharusnya: Perjalanannya dari Kajang ke Kuala Lumpur.)
- Padi seguni itu dipikulnya daripada bendang kepada rumah.
 
    
(seharusnya: Padi seguni itu dipikulnya dari bendang
    ke rumah.) 
Demikianlah huraian
tentang cara penggunaan kata sendi nama pada dan kepada dalam
ayat Bahasa Melayu.  Berhati-hatilah menggunakan kedua-dua kata sendi ini
agar digunakan dengan betul dan tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan