KATA sendi nama pada digunakan
dalam ayat untuk menunjukkan beberapa tujuan, iaitu untuk menunjukkan
keterangan waktu dan tempat; dan digunakan juga dalam ungkapan ada +
pada (untuk manusia dan haiwan).
Untuk
menunjukkan keterangan waktu, antara contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Dia tidak sedarkan diri pada masa
itu
2. Pemergiannya ke Mekah pada tahun
ini.
3. Kebakaran pada malam
itu, satu tragedi bagi keluarganya.
Ayat contoh
yang menunjukkan penggunaan pada untuk tempat bagi perbuatan
sesuatu kerja ialah
1. Lukislah rajah separuh bulatan pada kertas
putih ini.
2. Tali sabut pada batang
pokok itu lapuk.
3. Maklumat itu ditampal pada papan
kenyataan.
Kata sendi
nama pada apabila didahului oleh perkataan ada mesti
diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Contohnya:
1. Wang itu ada pada ayah.
2. Subang berlian itu ada pada kakak.
3. Sifat liar ada pada setiap
binatang.
Harus diingat
bahawa kata sendi nama pada tidak boleh digunakan untuk maksud
sasaran. Misalnya:
1. Pada siapakah bungkusan
ini hendak diserahkan?
(seharusnya:
Kepada siapakah bungkusan ini hendak diserahkan?)
1. Kecurian itu mesti dilaporkan pada polis.
(seharusnya:
Kecurian itu mesti dilaporkan kepada polis).
Dalam
ayat 10 dan 11, kata sendi nama pada tidak boleh saling
bertukar ganti dengan kata sendi nama kepada kerana padatidak
digunakan untuk maksud sasaran.
Sebagai
hasil perkembangan bahasa Melayu, kata sendi nama pada dapat
digunakan juga dalam bentuk-bentuk ungkapan seperti yang berikut:
1. Pada saya, kelincahannya
bermain sangat mengagumkan.
2. Kisah itu hanya cerita karut
sahaja pada pandangan saya.
Kata sendi
nama kepada ialah kata sendi yang terletak di hadapan kata
nama atau frasa nama untuk menyatakan tiga perkara, iaitu
1. menyatakan sasaran yang merujuk
manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya
dengan manusia;
2. menyatakan pecahan; dan
3. menyatakan perubahan keadaan.
Untuk fungsi
(i), ayat contohnya adalah seperti yang berikut:
(a) Jangalah
berbuat jahat kepada orang. (sasaran manusia)
(b)
Kepercayaan kepada yang karut-marut itu masih tebal. (unsur mujarad)
(c)
Beberapa ketul daging dilemparkannya kepada harimau itu.
(sasaran haiwan)
(d)
Buku teks percuma dihantar kepada pihak sekolah. (institusi)
Bagi
menunjukkan pecahan, kata sendi nama kepada digunakan dalam
ayat-ayat contoh yang berikut:
1. Peserta kursus motivasi
dibahagikan kepada tiga kumpulan.
2. Tanah satu hektar itu dipecahkan kepada empat
lot.
Seterusnya,
bagi maksud menyatakan perubahan sesuatu keadaan,kepada digunakan
seperti maksud dalam ayat-ayat contoh berikut:
1. Suhu bilik ini meningkat kepada 38˚C.
2. Perubahan daripada pendiam kepada peramah
itulah sikapnya yang baharu.
Kata sendi
nama kepada sering berpasangan dengan kata sendi nama daripada,
seperti contoh yang berikut ini:
1. daripada ayah kepada ibu
2. daripada 37˚C kepada 39˚C
3. daripada muda kepada tua
Perlulah
diingat bahawa kata sendi nama kepada tidak boleh digunakan
untuk tujuan merujuk tempat. Ayat-ayat contoh (21) dan (22) yang berikut
ini tidak betul tatabahasanya.
1. Perjalanannya daripada Kajang
ke Kuala Lumpur.
(seharusnya:
Perjalanannya dari Kajang ke Kuala Lumpur.)
1. Padi seguni itu dipikulnya daripada bendang kepada rumah.
(seharusnya: Padi seguni itu dipikulnya dari bendang ke
rumah.)
Demikianlah huraian tentang cara penggunaan kata sendi nama pada
dan kepada dalam ayat Bahasa Melayu. Berhati-hatilah
menggunakan kedua-dua kata sendi ini agar digunakan dengan betul dan tepat.
http://www.adap.com.my/info.php?id=137
http://www.adap.com.my/info.php?id=137
Tiada ulasan:
Catat Ulasan