Alhamdulillah berkat usaha yang gigih serta bantuan pensyarah pembimbing
akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
membina blog.
Bagi saya tugasan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya
dan saya terasa tidak mampu melakukannya. Di samping itu, banyak kekangan yang
terpaksa saya lalui untuk membina blog ini,antaranya sibuk dengan
aktivti-aktiviti di sekolah. Tambahan pula saya kurang kemahiran menggunakan
tapak blogger ini. Selain itu, bagi diri saya yang langsung tidak mahir
memerlukan masa yang agak lama untuk membina blog sehingga kadang-kadang saya
mengalami tekanan di samping memikirkan kerja kursus subjek lain yang belum
siap lagi.
Bagi saya pengalaman membina blog ini memerlukan saya lebih
teliti dan mengikut prosedur seperti mana yang diarahkan oleh pensyarah. Saya
hanya mendengar dan melayari blog orang lain untuk mencari bahan tetapi untuk
membina blog dan membuat posting amat menyusahkan hati saya dan ada ketikanya saya hampir berasa putus asa dengan kekurangan yang ada pada diri saya.
Apabila saya dapat melakukan posting baru saya berasa puas
kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana saya boleh melakukannya. Pada
pendapat saya tugasan membina blog ini memberi saya satu informasi baru dan
memerlukan saya lebih mempunyai kemahiran dalam bidang TMK dan perlu mempunyai
perancangan yang lebih rapi. Saya harus menambahkan lagi pengetahuan kerana masih terlalu banyak perkara yang saya belum ketahui terutamanya di
bahagian memuat turun dan menyusun data supaya kemas dan mesra pengguna. Saya
harus memperbaiki cara penyampaian supaya pengguna mudah faham dan boleh
menggunakan aplikasi yang disediakan tanpa sebarang kekeliruan atau masalah
lain. Masalah yang paling sukar bagi saya ialah muat turun menggunakan perisian
yang berbeza.
Pada kesempatan ini saya
juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang sanggup
berkongsi idea dan membantu saya membina blog menggunakan tapak blogger.
Sekalung penghargaan kepada pensyarah atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar
beliau dapat menjadikan saya seorang yang lebih berilmu. Akhir kata segala yang
baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan