ILMU umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah,tadahlah dengan hati yang merendah kepada ALLAH

Sabtu, 16 Mac 2013

MOTIVASI DAN TAZKIRAH

Cara belajar yang betul

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama  - Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan.  Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua  - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika.  Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut.  Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran.  Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga  - Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca.  Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat  - Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas.  Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca.  Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.  Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima  - Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut.  Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.  Jangan ikut perasaan.  Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya.  Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar.  Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam  - Mencuba soalan tahun lalu

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari.  Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh - Ulang sebanyak kali yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu.  Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya.  Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan  - Sentiasa menanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda.  Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya.  Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda.  Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji.  Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau  tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan

Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar.  Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka.  Tukar pendapat antara satu sama lain.  Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain.  Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka.  Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik

Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik.  Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah.  Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke  6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri

Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan.  Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut.  Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang.  Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. 

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak.  Apa yang anda hendak capai.  Apakah corak hidup yang anda hajatkan.  Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih.  Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda?  Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda.  Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi

Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan.  Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas .  Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan.  Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya  dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga.  Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga.  Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya.  Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun

Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September.  Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab.  Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika  anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil.  Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba.  Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan

Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji.  Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada.  Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda.  Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda

Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar.  Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda.  Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut.  Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka.  Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan

Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah.  Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah.  Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti. 

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda

Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi.  Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut.  Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda.  Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka.  Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata.  Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan

Belajar adalah suatu seni.  Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan.  Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.



Teknik membaca yang  betul






MEMBACA untuk pembelajaran tidak sama dengan membaca untuk hobi atau mengisi masa lapang. Pembacaan untuk pembelajaran memerlukan pembacaan yang aktif.
Untuk memudahkan pemahaman, bukan sekadar membca teks tetapi baca semuanya - graf, jadual atau apa-apa gambaran yang disertakan. 
Selain itu, membaca buku bahasa kedua seperti bahasa Inggeris memang agak membosankan terutama jika pelajar tidak mahir bahasa tersebut. Oleh itu, syarat utama untuk memahami buku bahasa asing ialah kamus yang baik. Namun tidak bermakna dengan memiliki kamus yang baik, pembelajaran akan menjadi mudah.
Seringkali tumpuan pelajar terjejas oleh gangguan-gangguan seperti mencari makna sesuatu perkataan.
Berkali-kali melihat kamus, boleh menjejaskan pemahaman asal dan menyebabkan fikiran cepat bosan serta letih.
Bagi mengatasinya, pelajar harus mengurangkan seminimum mungkin proses mencari makna perkataan  yang tidak difahaminya.
Sebelum membaca sesuatu tajuk yang ditulis dalam bahasa asing, semak terlebih dahulu dengan membacanya secara pantas.
Catatkan perkataan itu untuk tujuan rujukan dan sediakan satu set catatan yang khusus bagi sesuatu buku yang dibaca.

Teknik membaca yang menjimatkan masa


1. Baca dengan mata, bukan dengan mulut. 
Membaca dengan mulut (terkumat-kamit ketika membaca) hanya melambatkan pembacaan kerana pergerakan mata lebih pantas daripada mulut. 
Begitu juga membaca dengan menggerakkan jari telunjuk turut melambatkan proses pembacaan.

2. Elakkan berjalan atau mundar-mandir ketika membaca. Elakkan diri daripada mengulangi ayat yang sudah dibaca.
 Ini dapat dibiasakan dengan kerap membuat latihan tetapi masih mengekalkan daya penangkapan maklumat dari bahan yang dibaca.


3. Baca sesuatu tajuk sehingga habis. Mulakan pembacaan sesuatu topik dari awal untuk memudahkan pemahaman dan tidak perlu mengulang pembacaan jika berhenti pada pertengahan tajuk.

Ingat kembali
1. Cara mengingat kembali boleh dilakukan secara lisan, dalam hati atau menulis fakta di atas kertas.
2. Proses ingat kembali lebih menguntungkan kerana menjimatkan masa dan tidak perlu  mengambil masa banyak untuk mengulangkaji.
3. Pelajar tahu apa yang sukar diingati, terlupa ataupun salah, jadi ia akan menumpukan lebih perhatian kepada bahan ini dalam proses ingat kembali.

Lihat semula
1. Lihat semula adalah proses untuk mengetahui apa yang telah dibaca.
2. Belajar secara bersendirian sebenarnya memerlukan masa yang lebih.
3. Selain pembahagian waktu teratur, pelajar perlu ada tatatertib sendiri - hapuskan sikap acuh tak acuh, menangguh-nangguhkan belajar atau malas.
4. Belajar di tempat yang menggalakkan pembelajaran.

Ujian sendiri
1. Ujian dapat mengenalpasti tahap pemahaman.
2. Untuk menguji ingatan, tutup buku dan tulis semula apa yang diingati.
3. Uji juga kefahaman konsep serta penggunaannya, dengan menjawab soalan lalu.


Ubat malas belajar



MALAS dialami oleh semua orang terutamanya  dalam kalangan murid-murid sekolah. Malas melibatkan perasaan bosan yang menyekat seseorang itu daripada bertindak melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah.
Orang yang malas terasa dirinya kurang bertenaga, tidak ceria, tidak tahu apa hendak dilakukkannya dan tidak suka melakukan sesuatu itu dengan sepenuh hati.
Bagi golongan murid sekolah antara punca seseorang itu malas belajar ialah terlalu lama bercuti tanpa memberi perhatian pada pelajaran.  Keadaan ini termasuklah pada hari pertama setiap minggu persekolahan setelah bercuti selama dua hari di hujung minggu.
Selain itu perasaan malas juga akan dialami jika seseorang itu terlalu lama dibuai dengan hiburan termasuklah permainan video atau permainan elektronik lain yang canggih dan melekakan.
Keadaan ini harus dibendung agar  tidak terus menular ke jiwa murid yang akan berakhir dengan kegagalan dalam pelajaran.  Beberapa tindakan dalaman dan luaran harus diambil untuk menjadi ubat kepada penyakit malas belajar.
  • Jati diri
Jati diri bermaksud seseorang itu harus cekal dan mampu bersedia untuk melawan nafsu ke atas apa sahaja perkara negatif yang melanda dirinya.  Hal ini bermakna ia harus berfikir sendiri tanpa melayani perasaan tentang kebaikan atau keburukan sesuatu tindakan yang akan diambilnya nanti.
Dalam hal ini, pengorbanan dan komitmen amatlah penting dan menjadi asas pada amalan jati diri.  Jati diri ini akan terbina dalam jiwa jika seseorang itu tahu tentang hala tuju kehidupannya.
  • Jadual waktu persendirian
Ketidaktentuan dalam melaksanakan sesuatu tindakan kebiasaannya disebabkan oleh ketiadaan jadual waktu persendirian. Jadual waktu persendirian merujuk kepada penstrukturan masa mengikut aktiviti yang hendak dilakukan termasuk masa belajar, masa rehat, masa bermain dan sebagainya.
Jadual ini memudahkan murid membahagikan masa mengikut aktiviti yang dirancang secara sistematik. Dengan adanya jadual seumpama ini murid mampu memaksimumkan ruang penggunaan masa dengan pelaksanaan aktiviti yang dirancang  di samping berupaya mengelakkan rasa malas dalam diri mereka.
  • Tetapkan matlamat
Apa tujuan saya belajar?. Apa cita-cita dan minat saya? Ke mana arah dan tujuan saya?. Apa akan terjadi pada saya setelah saya dewasa? Apa bidang kerjaya yang ingin saya ceburi?.  
Semua itu adalah  sebahagian daripada soalan yang harus dilontarkan oleh seseorang murid kepada dirinya. Soalan-soalan tersebut sekurang-kurangnya dapat menyedarkan tanggungjawabnya dalam menghadapi pelajaran.
  • Belajar bersama rakan
Ada juga golongan murid yang lebih berminat belajar bersama rakan-rakan dalam kumpulan. Hal ini merupakan salah satu ciri-ciri gaya belajar. Oleh itu pilihlah rakan-rakan yang sesuai untuk membentuk kumpulan belajar. 
Bagi murid yang tergolong dalam ciri-ciri ini, belajar secara  kumpulan dapat mengurangkan rasa bosan dan malas berbanding dengan belajar secara sendirian.  Walau bagaimanapun anggota kumpulan haruslah membuat persiapan terlebih dahulu seperti menentukan tugasan yang hendak dilakukan, bahan yang perlu dibawa dan jangka masa yang hendak digunakan. 
Tanpa persiapan seumpama ini, berkemungkinan besar anggota kumpulan akan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti berbual kosong, bermain dan sebagainya sehinggakan menjejaskan tujuan sebenar mereka berada dalam kumpulan tersebut.
  • Segerakan tindakan mengikut keutamaan
Setiap tindakan harus disegerakan tanpa bertangguh-tangguh untuk mengelakkan daripada  lambakan kerja. Lambakan kerja merupakan salah satu faktor seseorang itu akan menjadi malas.
Oleh itu setiap kerja yang diberikan harus dilakukan segera mengikut keutamaan. Jika menghadapi sebarang masalah tindakan segera juga harus diambil untuk menyelesaikannya.
Sebenarnya kegagalan yang kita alami bukannya disebabkan perkara itu susah tetapi penyakit malas yang menular dalam jiwa kitalah yang menjadi penyebabnya.  Begitu juga banyak perkara yang tidak dapat dilaksankan pada hari ini bukannya disebabkan masa tidak mencukupi tetapi disebabkan rasa malas kita untuk bertindak.  Marilah kita ubati penyakit malas  ini!


Murid cemerlang bijak mengurus masa dan tidak bertangguh dalam menyiapkan kerja sekolah. – 

REFLEKSI MENULIS BLOG



 Alhamdulillah berkat usaha yang gigih serta bantuan pensyarah pembimbing akhirnya  saya dapat menyiapkan tugasan membina blog.
Bagi saya tugasan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya dan saya terasa tidak mampu melakukannya. Di samping itu, banyak kekangan yang terpaksa saya lalui untuk membina blog ini,antaranya sibuk dengan aktivti-aktiviti di sekolah. Tambahan pula saya kurang kemahiran menggunakan tapak blogger ini. Selain itu, bagi diri saya yang langsung tidak mahir memerlukan masa yang agak lama untuk membina blog sehingga kadang-kadang saya mengalami tekanan di samping memikirkan kerja kursus subjek lain yang belum siap lagi.
Bagi saya pengalaman membina blog ini memerlukan saya lebih teliti dan mengikut prosedur seperti mana yang diarahkan oleh pensyarah. Saya hanya mendengar dan melayari blog orang lain untuk mencari bahan tetapi untuk membina blog dan membuat posting amat menyusahkan hati saya dan ada ketikanya saya hampir berasa putus asa dengan kekurangan yang  ada pada diri saya.
 Apabila saya dapat melakukan posting baru saya berasa puas kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana saya  boleh melakukannya. Pada pendapat saya tugasan membina blog ini memberi saya satu informasi baru dan memerlukan saya lebih mempunyai kemahiran dalam bidang TMK dan perlu mempunyai perancangan yang lebih rapi. Saya harus menambahkan lagi pengetahuan kerana masih terlalu banyak perkara yang saya belum ketahui terutamanya di bahagian memuat turun dan menyusun data supaya kemas dan mesra pengguna. Saya harus memperbaiki cara penyampaian supaya pengguna mudah faham dan boleh menggunakan aplikasi yang disediakan tanpa sebarang kekeliruan atau masalah lain. Masalah yang paling sukar bagi saya ialah muat turun menggunakan perisian yang berbeza. 

Pada  kesempatan ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang sanggup berkongsi idea dan membantu saya membina blog menggunakan tapak blogger. Sekalung penghargaan kepada pensyarah atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat menjadikan saya seorang yang lebih berilmu. Akhir kata segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Khamis, 14 Mac 2013

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET



Objektif Kod Etika:
1. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer.
2. Memahami prinsip etika komputer.
3. Memahami etika profesional Teknologi Maklumat.
4. Mengetahui fungsi kod etika profesional.
5. Keperluan etika komputer.

PRINSIP
1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baikdaripada risiko dan keburukan.
 2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti fahamdan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telahfaham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
3. Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secaraadil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung samarisiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patutmenanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
 4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.

ETIKA

§  Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang  penggunaan komputer yang betul (panduan)
§   Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat,harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yangmembabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

RUKUN ETIKA

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

ISU ETIKA

1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran.
2. Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding dengan mereka yang sememangnya dalam    bidang pengkomputeran.
3. Kurang arif tentang undang-undang siber.
4. Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu berkaitan dengan etika komputer.
5. Kurangnya pendedahan dalam pengaruh,kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.

CIRI PROFESIONALISME

1. Harus ada pekhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
2. Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu.
4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkankeuntungan wang (gaji) semasa menjalankan tugas.
6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.

KOD ETIKA

1. Inspirasi dan panduan.
2. Pencegahan dan disiplin.
3. Memelihara maruah profesion.
4. Memelihara keharmonian.
5. Sokongan.

KERANGKA KOD ETIKA
1. Kebersendirian
2. Ketepatan
3. Hak milik
4. Capaian

KERANGKA KOD ETIKA: KEBERSENDIRIAN
1. Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.
2. Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kaki tangan.
3. Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain.
4. Apakah maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data. Sejauh manakah selamatnya maklumat tersebut?

KERANGKA KOD ETIKA: KETEPATAN MAKLUMAT
1.Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan,kesetiaan, ketepatan maklumat yangdikumpul.
2. Bagaimana memastikan meklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkandengan tepat kepada pengguna?
3. Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejas boleh dipampas?

KERANGKA KOD ETIKA : HAK MILIK
1. Siapa memiliki maklumat.
2. Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagaipertukaran maklumat.
3. Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.
4. Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik.
5. Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi.
6. Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan.
7. Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan

KERANGKA KOD ETIKA: CAPAIAN
1. Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
2. Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.
3. Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kaki tangan yang tidak berupaya.
4. Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat.
5. Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?

KOD ETIKA PROFESIONAL
1. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepadasesiapa misalnya menyebarkan virus.
2. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaanberkomunikasi.
3. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
4. Bersikap adil dan tidak menindas.
5. Menghormati hak cipta orang lain.
6. Menghormati hak kebersendirian orang lain.

Rujukan
http://cikgutinie.blogspot.com/p/brosur-etika-penggunaan-internet.html

KATALOG ALAMAT INTERNET





WEB BERITA


TAJUK : Hidupkan Semula Budaya Bercerita
URL : http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/norden-mohamed/hidupkan-semula-budaya-bercerita-1.139128
SINOPSIS : Pentingnya menhidupkan budaya bercerita.


TAJUK : Penjodoh bilangan untuk kata nama benda hidup
SINOPSIS : Kepentingan penjodoh bilangan.


TAJUK : Mata Buta Kerana Katarak
SINOPSIS : Penyebab utama mata buta kerana katarak.

TAJUK : Identiti Nasional Hanya pada Bahasa Melayu
URL : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IdentitinasionalhanyapadabahasaMelayu/Article
SINOPSIS : Bahasa Melayu saja yang layak lagi sah menjadi identiti nasional rakyat dan negara Malaysia. 


WEB BAHASA MELAYU


TAJUK : BULAN BAHASA KEBANGSAAN
URL : http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=69&VertSectionID=27&CurLocation=610&IID=&Page=1
SINOPSIS : Tujuan Bulan Bahasa kebangsaan


TAJUK : LAMAN TATABAHASA MELAYU
URL : http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
SINOPSIS: Laman web ini khusus untuk mempelajari tatabahasa dalam Bahasa Melayu.


TAJUK : Resolusi Tentang Kedudukan Bahasa Melayu dalam Pendidikan

URL : http://www.pendidikbahasa.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=73:resolusi-tentang-kedudukan-bahasa-melayu-dalam-pendidikan-&catid=35:arkib&Itemid=77
SINOPSIS : Resolusi tentang kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan.


TAJUK : PERMAINAN BAHASA SEKOLAH RENDAH (TEKA-TEKI)
URL : http://www.saujana.sg/Wiyata/PermainanBahasaSekolahRendah/tabid/3553/Default.aspx
SINOPSIS : Latihan teka-teki yang berbentuk pantun.


BLOK BERKAITAN BAHASA, SENI  DAN BUDAYA


TAJUK : PENJODOH BILANGAN
URL : http://norinishaari.blogspot.com/2012/04/video-proses-pengajaran-dan_22.html
SINOPSIS : Video proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

TAJUK : Saya dan Bahasa
URL : http://bukharis.net/index.php/2012/08/bmm3105-ppg-aktiviti-pembelajaran/
SINOPSIS : Blog pembelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah atas dan STPM


TAJUK : SANG KANCIL MENIPU HARIMAU
URL : http://izyanizan.blogspot.com/2010/12/sang-kancil-menipu-harimau.html
SINOPSIS : Cerita kanak-kanak


TAJUK : PENULISAN ESEI BERFORMAT
URL : http://khirkassim.blogspot.com/
SINOPSIS :  Blog pembelajaran Bahasa Melayu peringkat  menengah dan STPM

Selasa, 12 Mac 2013

CARA GUNA ENJIN CARIAN


Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.

Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.

Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
  • Penggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
  •  Membuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang   berkaitan.
  • Menggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
  • Membuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
  • Bertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.


10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
  •   Tanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.


  •   Tanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.


  •   Tanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.


  •  Tanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.


  •   Julat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.


  •   Penggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.


  • Ø Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.

 Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
 Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
 Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat  carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.
Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada Bahasa Inggeris.



Pautan cara guna enjin internet

http://gambargambarpelik.blogspot.com/2011/05/cara-guna-enjin-carian.html
http://rusnahsalleh.blogspot.com/2012/08/cara-guna-enjin-carian-di-internet.html
http://bukharis.net/index.php/2013/01/bmm3105-ppg-cara-guna-enjin-caian/
http://koding-kn.blogspot.com/2011/05/kaedah-menggunakan-enjin-carian.html

MASALAH TATABAHASA


Ungkapan 'demi untuk' kurang tepat, bersifat lewah

DALAM sesetengah tulisan, dapat kita temukan penggunaan ungkapan demi untuk. Dalam lirik lagu, ungkapan demi untuk ini menjadi pilihan pencipta lagu. Tujuan penggunaan demi untuk dalam binaan ayat ialah apabila ayat itu mengandung unsur penegasan. Perhatikan ayat-ayat contoh seperti yang berikut ini:

1. Demi untuk watan, kami rela berjuang bermati-matian.
2. Aku rela berbuat apa-apa sahaja demi untuk kebahagiaan kita.
3. Tindakan tegas pengetua sekolah ini wajar demi untuk kebaikan pelajar.
Betulkah ungkapan demi untuk dalam ketiga-tiga ayat tersebut itu?
Sebelum dipastikan betul atau salah penggunaan demi untuk tersebut, eloklah difahami akan maksud kata demi itu. Menurut Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, demi mempunyai empat pengertian. Makna pertama berkaitan dengan perbuatan bersumpah, misalnya "demi Allah". Yang kedua membawa pengertian "kerana" atau "untuk", misalnya "demi kepentingan rakyat".
Dalam ayat 1, terdapat unsur "bersumpah". Dalam konteks ini, sesuatu penegasan itu menjadi lebih berat dan berkesan lantaran adanya tanggapan seakan-akan sumpah. Selain itu, semacam ada rasa lebih sedap jika dilafazkan bersama-sama kata untuk bagi memberikan penekanan yang lebih. Ayat 1 dirasakan lebih bertenaga jika kita hanya menggunakan demi atau untuk seperti ayat 1a dan 1b.

1. (a) Demi watan, kami rela berjuang bermati-matian.
1. (b) Kami rela berjuang bermati-matian untuk watan.
Demikian juga halnya dengan ayat (2) dan (3). Ayat-ayat itu akan menjadi lebih persis jika menggunakan salah satu demi atau untuk, seperti yang berikut:
2. (a) Aku rela berbuat apa-apa sahaja demi kebahagiaan kita.
atau
2. (b) Untuk kebahagiaan kita, aku rela berbuat apa-apa sahaja.
3. (a) Tindakan tegas pengetua sekolah itu wajar demi kebaikan pelajar.
atau
3. (b) Untuk kebaikan pelajar, tindakan tegas pengetua sekolah itu wajar.
Oleh itu, ungkapan demi untuk itu kurang tepat dari segi tatabahasa kerana kehadirannya secara berpasangan menghasilkan bentuk bahasa yang lewah sifatnya.
Dari segi makna pula, kata sendi demi sama maknanya dengan kata sendi untuk. Oleh itu, sekiranya digunakan kedua-dua kata sendi demi untuk ini, samalah halnya dengan penggunaan dua perkataan yang bersinonim, seperti kita mengatakan saya saya atau aku ku, atau "*Dia berjaya lantaran kerana dia berusaha dengan gigih", atau "*Dia menangis kerana oleh sebab wangnya hilang" atau "*Dia akan gagal jika sekiranya dia tidak berusaha bersungguh-sungguh".
Bentuk ungkapan demi untuk itu sebenarnya menggugat kesempurnaan bahasa. Dalam berbahasa, kita perlu menitikberatkan kepersisan bahasa. Dalam hal ini, ungkapan demi untuk lebih baik diperbetul menjadi demi sahaja atau untuk sahaja, kerana demikian itu cara pengungkapan yang betul.
Dua pengertian demi yang lain ialah, yang pertama, membawa maksud sebaik-baik sahaja atau selepas, dan yang kedua ialah lepas satu, satu. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut ini:
4. Dia terus menangis demi mendengar berita buruk itu.
(maksud sebaik-baik sahaja atau selepas)
5. Direnungnya orang itu seorang demi seorang untuk mengenal pasti orang yang mencerobohi rumahnya.
(maksud satu lepas satu)
Begitulah huraian tentang penggunaan demi untuk dalam berbahasa. Oleh itu, bertukarlah kepada penggunaan bentuk yang lebih persis dan betul, iaitu demi sahaja atau untuk sahaja, tetapi bukan demi untuk.

© Utusan Melayu (M) Bhd 
18 Aug 2010, 10:06 AM | Munsyi Bahasa